Smudge Painting #1

Assalmualaikum...

Tahun lepas, Erna ada mengumpul beberapa lukisan smudge. Lukisan smudge ni ialah satu teknik lukisan digital. Berpeluh kak kiah lukis guna tetikus ni. Nak beli WACOM belum mampu. Alhamdulillah, kali ini karya terbaru erna dalam lukisan digital selain potrait vektor dan artline ni.

Seronok sangat Kak Kiah. Kebanyakkan lukisan tu, Erna hasilkan pada tahun lepas. Ada yang tempah dengan Erna pun yek. Erna akan share 1 by 1 yek.

Smudge Painting : Gambar Random

[Gambar Original] Gambar daripada google. Pakai amik je mana yang comel....


Lukisan model kanak-kanak secara random ini adalah yang pertama yang Erna lukis. Agak gementar jugaklah. Takut menjadi atau muka kanak-kanak tu kita toreh ke jadi hitam ke kan. Alhamdulillah, apabila hasilnya sangat kaw-kaw, memang hampir meloncat jugak tapi cover. Mana boleh tak cover.


Smudge Painting : Datuk Siti Nurhaliza (Random Image).

[Gambar Original] Pun sama amik daripada pak cik Google.



Lepas tu, Erna terus berkarya dengan gambar seterusnya. Pemilihan kali ini pun random jugak. Datuk Siti Nurhaliza. Yes, I am really admire at her. Sebab tu pilih dia. Kali ini, Erna menukar warna tudung. Fuhh, jenuh Kak Kiah tapi hasilnya pun boleh buat Erna senyum sampai ke telinga.

Ade beberapa lagi lukisan random dan beberapa lukisan member sebagai hadiah daripada Erna. Ada juga yang menempah. So, kalau nak tahu hasilnya, kenelah stay selalu dengan Erna.

Jumpa lagi!!!!!


















Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^