Nak berhenti kerja?


Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.

Lagi sekali perasaan nak berhenti kerja itu datang lagi. Mula-mula dulu masa kerja kat Kuari ayah, sebelum kerja di Johor Bahru. Awal sangat Kak Kiah nak berhenti kerja. Ada lagi beberapa bulan je lagi kontraks nak habis. Tunggu sat na. Target tempahan lebih kurang 25 tempahan sebulan, baru lega nak berhenti. 

Adohai, penat dah kerja. Nak buat kerja abadi kat rumah. Boleh kemas rumah cantik. Basuh baju hari-hari tanpa fikir bila masa yang sesuai nak basuh. Boleh masak yang best-best. Buncitlah perut En.Huband awak Erna. Taknya perut dia nak buncit. Ini kita masak kita makan sendiri. En.Husband nak diet.

Apa lagi, haaa! Yang penting boleh buat full time tempahan orang ramai. Seronok dapat siapkan tempahan orang tanpa halangan kerja. Kan? Sambil jadi suri rumah, sambil tu kita jadi designer dalam rumah. 

Bukan apa Kak Kiah, I ni dah penat sebenarnya. Tak tahu nak cakap macam mana dah kepenatan itu macam mana. Balik kerja, terus uruskan rumah. Tapi kalau terlalu penat, memang rumah tak terurus. Terbiar macam tu. Hari minggu je dapat uruskan rumah.

Eh! Kalau tak kerja, mana nak dapat duit lebih. Alahai Kak Kiah, rezeki itu ada aja. Mana-mana mesti Allah bagi rezeki. Kene yakinlah. Dalam masa yang sama, kan Erna nak buat bisnes design service. Sikit-sikit lah. 

InsyaAllah, Erna akan usaha. Tak sabarnya berhenti. 



Tags:

Share:

3 comments

  1. semoga maju jaya dalam pekerjaan dan berniaga ^^

    ReplyDelete
  2. semoga awak maju dalam apa jua bidang yang diceburi :)

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^