Minat En.Husband Becambah


Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua..

Cuti baru-baru ini Erna dengan En.Husband balik kampung. Selama di kampung, kami banyak berjalan. Tak banyak mana pun kak Kiah. Just go around at the Layar Beach, Pengerang and RM2 Economic Shop. Lagipun, kami dah lama tak berjalan. Asyik memerap dalam rumah. Hidup kami memang dalam rumah. Sekali-sekala, apa salahnya kita jalan-jalan kan.

Dah lama sangat tak ke pantai terutamanya Pantai Batu Layar. Nak kata pantai yang lagi dekat dengan rumah, pergi je ke pekan Sungai Rengit. Betul-betul tepi pantai. 

Alang-alang kami nak pindahkan tanaman kami iaitu pokok daun kesum dan pokok cili kami tu, kami shopping barang-barang tanaman di kedai Ekonomi RM2. Entah macam mana, En. Husband pergi beli permaianan kanak-kanak. Katanya lah, untuk anak buah kami. Rupanya untuk koleksi dia. Semuanya permainan sambungan transfomer. Dekat Rumah tu satu kotak sambungan GUNDAM. Kali ini pula transfomer pula tapi murahlah tapi berbaloi Kak Kiah. Beli 5 kotak baru RM10. Kalau yang Gundam tu, beli 5 kotak dah cecah RM300. 


5 kotak sekali rembat. Mentang-mentang murah. Tapi berbaloi Kak Kiah. Sangat berbaloi. Nanti kita beli lagi. 
Setiap bentuk boleh berubah kepada dua keadaan. Pertama senjata. Kedua , haiwan atau robot macam transfomer tu. Memang transfomer pun. Gigih En.Husband nak siapkan malam tu jugak. 

Kami berlima menurut arahan BOS!!!

En.Husband kata, masa kecik-kecik tak dapat, jadi bila dah tua-tua jadi kemaruk. Minat dia pula tu. Fokus 100%. Tak toleh kanan ke kiri. Baranglah En.Husband, nanti dah ada anak, kite kene bagi peluang kepada mereka untuk merasa semua benda ini tapi ada limitnya. Bolehlah kan?




Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^