Ikan Cencaru Bakar Sambal Muar dan Kailan Masak Air

Bismillahirrahmanirrahim. Assamalamualaikum readers.

Apabila waktu cuti dihiasi dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti mengemas bilik dan mengemas rumah (kemaslah sangat kan. Koya je lebih.) bersama kak Alya @ akak sayang @ tuan rumah, memang best sangat-sangat. Lepas tu main masak-masak segala bagai dan layan hindustan bersama-sama. Macam dating pula. kikiki....

Tekak saya berkira nak makan siput sedut masak lemak cili padi. Mana nak cari siput sedut ni. Tapi rindu dengan lauk asam pedas dan ikan bakar cicah bersama air asam. Awesome!!!! Semalam, kak Alya berkira nak masak kepala ikan masak asam pedas pada hari ini. Wahhh!!! saya sudah terliur. Tapi kami terpaksa membatalkan niat untuk memasak kepala ikan asam pedas. Mengapa?? sebab barang tak cukup. Lupa nak beli daun kesom. ●﹏●

Akhirnya, kak Alya kata bakar ikan cencaru dengan sambal ikan bakar Muar. Pastu, dalam peti sejuk ada sayur kailan. Berkira nak goreng sayur kailan tetapi kak Alya kata kailan masak air jela sebab ikan cencaru dahla kering. Tak memasal, tercekik. Lauk mesti ada basah, mesti ada kering maa.

Masak untuk 2 orang.

Ikan Cencaru Bakar Sambal Muar
Bahan-bahan:
1. 2 ekor ikan cencaru
2. Sambal ikan bakar siap daripada Muar.( Guna yang sedia ada je)

Cara-cara:
Letak sedikit minyak di dalam kuar. Kemudian, masukkan 2 ekor ikan cencaru dan sambal ikan bakar Muar dalam kuali. Sukatan sambal tu, ikut korang lah ye. Kalau korang rasa nak pedas, letak banyak sikit. Kalau korang nak kurangkan pedas, letak sedikit tapi tak mantoplah sangat kan. Lepas tu bakar dalam kuali sehingga ikan sebati dengan sambal. Jangan lupa tutup ye dan guna api kecil. Lebih elok, ikan cencaru tu dibalut dengan kertas aluminium atau daun pisang. Memandangkan kami rumah bujang, bakar macam tu pun boleh.
Nilah sambal ikan bakar. Sedap.Jangan risau, minyak, garam semua lengkap. Tak payah tumis. Senangkan?
Ini cara kami masak. Ngeh..ngeh...
Taraaa! Menyelerakan. Jangan lupa limau sambal sekali okay. Baru ada ngappp memanjang.

Kailan Masak Air

Bahan-bahan:
1. Bawang merah yang dikisar/ditumbuk
2. Bawang putih yang dikisar/ditumbuk
3. Ikan bilis yang ditumbuk
4. Lada merah/ hijau yan dihiris
5. Sayur Kailan yang di potong.

Cara-cara:
Tumis bahan-bahan yang dikisar dan ditumbuk.Kemudian, masukkan lada yang telah dihiris. Tambah sedikit air. Ikut kuantiti korang ye. Kalau rasa sayur tu banyak, banyaklah air kan. Tapi saya masak untuk dua orang makan je. Masukkan bahagian batang dahulu. Batangkan keras. Kalau masuk dengan daun sekali, batang lambat empuk. Apabila sudah cukup mengelegak, baru masukkan daun. Tambah sedikit garam secukup rasa. Kacau sedikit. Siap!!

Kali pertama masak sayur kailan secara berkuah. Apapun, tetap ngappp sampai habis.
Kalau korang singgah ke Muar, jangan lupa cari sambal ikan bakar Muar. Memang sedap. Pedas pun ye. Kak Alya beli Sambal Ikan Bakar Mak Pon Muar. Bukan setakat sambal ikan bakar, perencah mee bandung Muar pun ada. Sangat holio!!!!!

Sebelum memasak, jangan lupa siang ikan dan basuh sayur okay. Selamat mencuba resepi yang tak seberapa, janji kenyang. ✾◕‿◕✾

Terima kasih membaca.

 




  

Tags:

Share:

1 comments

  1. sedapnye nmpk ikan cencaru tu.. mmg sdp la kan kalo dibakar...

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^