Guest Book/Buku Tetamu Erna-Faiz & Ika-Zizan

Bismillahhirrahmannirrahim.

Assalmualaikum semua! :)

Seboleh mungkin Erna nak update design atau custom made yang Erna buat. Ada lagi beberapa design lagi dalam simpanan tapi belum berupdate.

Ok, kali ini Erna reka guest book custom made untuk majlis perkahwinan kami adik-beradik. Memang tak tempah. Buat je. Mula-mula nak beli je tapi macam hati berbelah bagi. Nasib baik En.Husband bagi support. Hati menjadi kuat untuk buat sendiri. Akhirnya, Erna teruskan jugak. 

Tema warna bagi kedua-kedua buku ini adalah sama. Bezanya hanyalah nama pengantin. Warna pilihan adalah merah + coklat untuk muka surat depan dan muka surat belakang. Untuk bahagian dalam pula adalah warna hitam.



Berminat untuk tempah guest book custom made untuk kesemua majlis dengan harga yang mampu korang miliki?
Korang boleh tempah melalui :
Email : nurernahazwani@gmail.com

*** Erna akan umumkan harga kemudian yek. 


Jumpa pada design seterusnya!


Share:

2 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^