Resepi : Bendi Singang Rebus

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum semua.

Resepi kali ini pun mudah dan senang.
 Siap dalam masa 15 minit sahaja.
 Memandangkan Erna ni masak dalam bilik dalam kuantiti sikit je,
 jadi kita masak masakan yang simple jeee.

Eh, Kak Kiah boleh masak untuk suami kak Kiah tau. 
Rajin-rajin jejakkan kaki kat dapur ye.
Macam Erna tak pe, masak dalam bilik je.

Masak singang je pun.
 15 minit dah siap. 
Bendi Singgang Rebus, tak perlu tumis.

 Tak percaya??????
 Mai tengok bahan-bahan dan langkah-langkah di bawah.

Bahan-bahan :
  1. Bawang merah (hiris)
  2. Bawang Putih (hiris)
  3. Halia (hiris) - ikut citarasa masing-masing.
  4. Kunyit (hiris) - ikut citarasa masing-masing.
  5. Cili padi hijau - Erna guna 4 biji tapi tak pedas pun. Kalau nak pedas, tambah ikut citarasa korang.
  6. Air Asam Jawa.
  7. 2 batang sosej hiris 4 - Ini jangan korang ikutlah. Menatang ni tambahan oleh cik.Erna je.
  8. Lobak merah - yang ini pun sama. Kalau korang nak letak, letak je. Kalau tak nak, buang je     lobak merah tu.
  9. 8 batang bendi dihiris 2. Nak lebih pun tak pe.
  10. Garam secukup rasa.

Bahan-bahan untuk memasak. Senang je. Sosej dan lobak tu sesaje je menambah.

Dah ada bahan, jom kita mula memasak!!

 Langkah-langkah :
  1. Masukkan bahan yang dihiris bersama cili padi dan air asam jawa ke dalam periuk. Air asam jawa tu, ikut citarasa masing-masing. Kalau nak masam, airnya sikit je, tapi kalau nak rasa "bolehlahhhhh", airnya banyak yek.
  2. Bila air rebus sudah mula mengelegak, masukkan sosej (kalau tak nak pun tak pe), lobak merah (pun sama macam sosej) dan bendi.
  3. Biarkan seketika. Kemudian, masukkan garam secukup rasa.
  4. Agak-agak dah ok, kuah kuning yang ok, boleh lah tutup. Sebeblum tutup rasa dulu. Manalah tau, kuahnya termasam sangat ke, ye dop!!!!!
  5. Dah siap!!! Bolehlah dihidangkan.

Tara!!!!!!!!!! Kuning yang memukau. macam-cair je. Al-maklumlah, nak masak asam pedas tak mampu.

Senang je kan? 
Mudah je. Tak susah mana pun.
 Lagipun, lauk ni sihat kot sebab tak ada minyak. 
Hahahaha....  Lol...

Haa!! bolehlah kita bawak lunch box ke office. Yang sebelah nasi tu serunding ayam daripada Terengganu. Sedap wo!!! Ada orang tu tak sabar nak bawak macam ni. Sabar-sabar yek.

Yang berdiet bolehlah mencuba!!!!
Kotlahhhhh.....

Selamat mencuba!!!!!



Tags:

Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^