Bubur Gandum

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua.

Sejak tinggal sorang ni, macam-macam perkara berlaku. Terhantuk kepalalah masa kemas rumah, tertidur depan tv sampai ke pagilah akibatnya bill naik, tengok tv memanjanglah, dan yang paling best keinginan nak masak macam-macam jadi membuak-buak.

Semalam, saya teringin nak makan bubur gandum yang mak saya selalu buat. Pergi dapur, tengok bahan. Ok tinggal kelapa dan daun pandan je tak ada. Tepung gandum dan gula ada.  So, pergilah ke kedai beli kelapa dan daun pandan. Kalau kat kampung, tak payah beli daun pandan tu. Menjalar daun pandan kat kebun tu. Tapi, ni kat bandar, tak ada maknanya nak tanam daun pandan sampai menjalar macam tu. Hahahaha..



Bahan-bahan :
  1.  Tepung gandum. (Memandangkan saya sorang je, saya guna 1  1/2 cawan)
  2.  Santan kelapa (Saya guna setengah daripada setengah kelapa. Macam mana tu? Hok ni, ikut  korang nak pekat ke nak cair)
  3. Gula
  4. Daun pandan

Cara-cara :
  •  Uli tepung gandum bersama dengan sedikit air. Dah dapat doh yang mantap, korang buat cubit dan bentukkan bulat ke, lonjong ke atau bentuk yang korang suka. Kemudian, korang rebus dalam air yang mendidih. Sambil korang cubit jadi bentuk yang comel, sambil tu masukkan dalam air yang mendidih. 
  • Kemudian toskan gandum yang dah masak. Cara untuk mengetahui gandum yang dah masak : sebelum masak, gandum masih tengelam. Apabila dah masak, gandum tu timbul ke permukaan. 
  • Kemudian, sediakan santan daripada kelapa dan masukkan ke dalam periuk bersama daun pandan. Biarkan ia mendidih dengan api yang sederhana.
  • Apabila dah mendidih, masukkan gandum dan gula. Saya gunakan 4 sudu besar. Bagi manis-manis suku macam tu. Kacau perlahan-lahan. Korang nampak gandum tu ada merah-merahkan. Saya bahagikan doh kepada 2 bahagian. Satu tanpa pewarna. Satu lagi letak pewarna. Memandangkan kat rumah tak ada pewarna, saya guna perisa ros. Boleh aja.
  • Lepastu tutup api dan boleh dihidangkan.
Mak saya buat, kuahnya pekat dan sedap. Tapi saya buat kuahnya cair sikit sebab kurang santan tapi sedap jugak. Maknanya, ianya menjadi. Ngeh..ngeh..ngeh....

Selamat mencuba.
 

Tags:

Share:

6 comments

  1. Dulu2 mak kite selalu gak buat bubur ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kak....teringin nak mkn lps mak kata berbuka bubur gandun. Tu yang buat tu.

      Delete
  2. Kat kmpung santan perah, tu pekat. Kat bandar ni byk santan kotak je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..tapi yg ini guna santan kelapa perah gak. Mukin byk air tu yg cair.

      Delete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^